Selasa, 31 Januari 2012

Semuanya Baik!

Salam sejahtera,

Entri kali ni saya nak kongsi tentang Semuanya Baik! Apa yang saya maksudkan dengan semuanya baik? Hehehe hari ni sesuatu yang baik berlaku pada diri saya =) Seorang hamba Allah telah menceritakan sebuah kisah tentang seorang Raja dan Panglimanya. 

Raja ni sangat suka memburu. Jadi dia pun membawa panglimanya memburu ke sebuah hutan. Setelah lama berjalan didalam hutan Raja tu pun ternampak seekor rusa lalu dia pun mengacukan senapangnya. Panglima itu juga turut mengacu senapangnya. Panglima itu bersedia untuk menembak tapi tiba-tiba Raja menahan hujung senapang panglima tersebut "TUNGGU!" Terdengar bunyi letupan "KEBABOM!" Rusa tak kena, ibu jari Raja pula yang kena...alamaakk...

Raja       :   Aku suruh kau jangan tembak! Kenapa kau tembak?!
Panglima:   Alhamdulillah tuanku!
Raja      :    Aik! Jari aku dah hilang kau bersyukur pula??!
Panglima:   Alhamdulillah tuanku!
Raja      :    Tak guna! Aku hukum kau masuk penjara!
Panglima:    Alhamdulillah tuanku!
Raja       :    $^#%$%@# [marah panglima huahuahua]

Moralnya: Nasib baik jari je hilang, kalau mati tertembak? Syukurlah nyawa tak melayang hehehehe...

Beberapa bulan kemudian, Raja kembali memburu. Kali ni tanpa panglimanya. Ketika Raja dan para tenteranya berehat, Raja terfikir untuk pergi seorang diri. Lalu Raja pun berjalanlah senyap-senyap tanpa pengetahuan tenteranya. Semakin lama semakin jauh sehinggalah Raja itu sesat ke sebuah tempat yang di huni oleh kanibal! Raja di tangkap lalu diikat,sedia untuk di makan.

Raja merasa teramatlah takut,menggigil serta termenangis huahuahua TIBA-TIBA seorang daripada kanibal tu ter-perasan IBU JARI Raja tak ada. 

Kanibal    :  Cis!! ^&$%&^$ Kita tak pernah makan orang tak lengkap! Orang ini tak ada IBU JARI ! Jangan makan! Nanti kena sumpahan buku lali di kepala!

Maka Raja pun di bebaskan. Raja pun lari lintang pokang menyelamatkan dirinya. Setelah beberapa hari berlari di hutan, akhirnya Raja ditemui dan di selamatkan oleh para tenteranya. Sampai saja di istana, Raja terus mendapatkan panglimanya di penjara.

Raja     :   Wahai panglima! Maafkan aku kerana menghukum mu! (sambil memeluk panglima). Barulah aku faham kenapa kau berkata Alhamdulillah ketika itu! uuuwwaaaaa....huhuhuhu

Panglima:  Alhamdulillah tuanku kerana menghukum patik! Kalau patik ada, pasti tuanku akan membawa patik bersama.Tuanku tak lengkap,patik lengkap.Pasti patik dah mati kena makan.Alhamdulillah!

Raja      :  Ciss!

Moralnya: Setiap kesusahan itu ada baiknya hehehe...jangan mudah menyalahkan keadaan tapi fikirlah yang positif. Semuanya Baik! =)

Ahad, 29 Januari 2012

URL atau Domain Name Mampu Milik!

Salam sejahtera,

Sedikit info yang ingin saya kongsikan di sini ialah bagaimana untuk dapatkan URL atau Nama Domain sendiri. Berikut adalah info yang saya dapat daripada sebuah laman web namun terdapat beberapa modifikasi ayat.

"Jika anda inginkan laman web dengan nama pilihan anda sendiri, contohnya http://www.laman-web-www.laman-web-aku.com, apa yang perlu anda dapatkan ialah domain dan hosting.

Apa itu domain?

Domain adalah alamat untuk laman web anda. Contohnya, www.yahoo.com. Fikir dahulu masak-masak nama apakah yang anda letak sebagai domain anda, kerana alamat inilah yang orang ramai akan taip di web browser untuk pergi ke laman web anda. Oleh itu, ia haruslah ringkas dan mudah diingati.

Apa itu hosting?

Hosting pula berfungsi untuk menyimpan segala data-data mengenai laman web anda. Ia akan menyimpan fail, teks, gambar, dan segala kandungan dalam laman web anda supaya boleh dilawati oleh orang ramai."

Saya sendiri telah bermula dengan memilih yuniejournal.com sebagai nama domain sendiri di http://secure.web-hosting.net.my/clients/aff.php?aff=2537. Anda bila lagi?  
Malaysia Web Hosting

Sabtu, 14 Januari 2012

Key Chain Mini Carpet

Salam sejahtera,

Lama rasanya tak update entri hehe. Kali ni saya cuma nak kongsi tentang mini carpet yang saya buat sebelum ni. Setelah mencuba banyak kali untuk menghasilkan mini carpet tu, akhirnya saya berjaya juga mencipta Key Chain Mini Carpet =) 

Cabaran

Banyak juga cabaran untuk menghasilkan kraf tangan ni. Nampak senang tapi untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti bukanlah mudah. Dalam proses menjayakan hasil kraf tangan ni, saya perlu banyak bersabar. Antara cabarannya, saya terpaksa mencari pelbagai jenis reben, key chain dan phone strap. Mencari phone strap lah yang paling mencabar. Tak jumpa pun kedai yang jual phone strap kosong, semua pun yang dah ready made. So terpaksalah saya beli beberapa phone strap ready made, lepas tu buka dan tukar jadi key chain mini carpet saya hehehe. 

Kelemahan

Mungkin saya masih baru dalam bidang ni jadi terdapat banyak kelemahan sepanjang proses penghasilan key chain mini carpet ini. Antaranya, saya kurang tahu tentang kedai-kedai yang menjual bahan-bahan kraf tangan, kurang pengetahuan dan kurang berbakat hihi.. 

Cara Mengatasi

Untuk mengatasi masalah ni saya perlu belajar lebih dalam lagi tentang penghasilan kraf tangan. Mungkin saya perlu ke kedai-kedai yang menjual kraf tangan untuk menimba pengetahuan. Saya juga perlu berusaha mencari maklumat di laman-laman web yang menulis tentang penghasilan kraf tangan. Jadi saya perlulah rajin dan bersungguh-sungguh untuk mencari sumber pengetahuan =) Kadang-kadang inilah masalah utama saya, saya malas! Tapi dengan menulis entri ini, saya telah memberi peringatan pada diri sendiri untuk terus berusaha dan tidak berputus asa. Alhamdulillah....

Hasil Kraf Tangan Sendiri

Di bawah ni adalah hasil kraf tangan yang berjaya saya hasilkan, Key Chain Mini Carpet. Tapi saya masih kurang berpuas hati sebab mini carpet tu sangat lembut dan mudah koyak. Jadi dari segi kualiti, saya rate 50% saja. Kalau pembaca perasan, dalam entri saya sebelum ni, saya guna reben warna hijau. Itu adalah proses pertama saya tapi tak berjaya. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya terhasillah mini carpet warna coklat di bawah ni =)


Key Chain mini carpet.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...