Isnin, 20 Februari 2012

Bila Pilihan Itu Bukan Ingin Mu

Salam sejahtera,

Pernahkah anda memilih sesuatu yang bukan keinginan anda? Atau adakah anda melakukan sesuatu yang bukan minat anda? Mesti ada di kalangan kita yang pernah berada dalam situasi ini kan. Saya juga tidak terkecuali. Jangan risau...semua tu normal hehe..

Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu, ramai graduan sanggup melakukan apa jua jenis pekerjaan tetap yang menjamin masa depan seperti kerjaya guru, polis, peguam, doktor, akauntan dan sebagainya. Bidang pengajian yang dipelajari semasa di universiti bukan lagi persoalan. Apa yang penting ialah dapat mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan mahupun swasta.

"Pekerjaan ini bukan minat saya tapi saya kena buat juga sebab saya nak survive." Pasti ada di kalangan kita yang fikir macam ni kan. Namun tak semestinya orang yang fikir macam tu akan selamanya berfikiran macam tu sebab bagi saya minat tu boleh di pupuk. Lama-kelamaan mesti akan minat juga walaupun pada mulanya tak minat langsung sebab untuk kekal berada dalam sesuatu industri kita memerlukan usaha yang gigih untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, kita kena lah ada MINAT. Jadi secara tak langsung kita akan mewujudkan minat untuk mendapatkan hasil yang terbaik =). Bila dah dapat maka timbullah ayat "Saya suka kerja saya!" atau "I love my job!"

Berada dalam sesuatu bidang pekerjaan adalah satu cabaran dalam hidup setiap manusia. Walaupun sesuatu pekerjaan itu kita tak minat namun jika ada sedikit keikhlasan dalam melakukannya, lama-kelamaan hati kita pasti terbuka untuk belajar MEMINATI.

Jadi untuk mengelak daripada melakukan sesuatu yang bukan minat anda, buatlah pilihan yang betul dalam hidup. Jangan biarkan keadaan sekeliling mempengaruhi keputusan anda. Buatlah keputusan yang bijak dengan mengambil kira minat, matlamat, keperluan dan cita-cita anda. Semoga berjaya! =)

Courtesy of yahoo.com

Selasa, 7 Februari 2012

Terus Fasih Cakap Mandarin Dan Korea Lepas Kemalangan

Salam sejahtera,
Hari ni saya membaca sebuah artikel daripada mynewshub.my. Pelik tapi betul ker? Jom baca:
BESUT – Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar biasa seorang pelajar tingkatan lima yang secara tiba-tiba boleh bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat dalam kemalangan jalan raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu.
Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin dengan lancar walaupun sepanjang hayatnya tidak pernah ikuti kelas bahasa itu.

Menurutnya, kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.
.
“Ketika kejadian saya membonceng motosikal yang ditunggang abang saya, Jefri, 18, yang tiba-tiba dilanggar sebuah lori dari arah belakang menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk kepala atas jalan. Mujur saya pakai topi keledar,” katanya.
.
Sementara itu menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan. Kata Ismail, selepas doktor menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya.
.
Bagaimanapun katanya, ketika dilakukan imabasan kali kedua untuk melakukan pembedahan, doktor terperanjat kerana mendapati darah beku tidak ada lagi.
.
“Bagi mengesahkan perkara itu, doktor HUSM mengulangi ujian sebanyak tiga kali namun ternyata darah beku dikesan peringkat awal memang tidak ada,” katanya.
.
Bercakap bahasa Korea selepas terjaga dari tidur
.
Ismail berkata, pada jam 5 petang pada hari keempat selepas dibenarkan pulang ke rumah, sebaik Noraini terjaga daripada tidur tiba-tiba dia bercakap bahasa Korea.
.
Katanya, anaknya itu meminta air daripada ibunya dalam bahasa Korea namun ketika itu ibunya tidak mengetahui bahasa apakah yang dituturkan Noraini.
.
“Kami sekeluarga tidak faham maksudnya dan langsung tidak tahu bahasa Korea kerana ia mirip bahasa Cina tetapi selepas dia menunjukkan isyarat ingin minum air baru ibunya beri air,” katanya.
.
Kata Ismail, selain Korea dia juga kadang-kadang bertutur dalam bahasa Mandarin dan paling aneh lagi ketika dia berbahasa tersebut dia langsung tidak akan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
.
Pada mulanya, Ismail dan keluarga meragui maksud bahasa yang dituturkan itu betul atau tidak tetapi apabila Noraini menonton cerita Korea di televisyen, dia dapat menterjemahkan cerita tersebut dengan tepat seperti sarikata dipaparkan pada skrin televisyen yang ditutup dengan tangan oleh ahli keluarganya.
.
Menurut Noraini, seorang doktor pakar berbangsa Cina di HUSM yang menjalankan rawatan susulan ke atasnya baru-baru ini juga menganggap kejadian dia boleh bertutur bahasa Cina juga aneh malahan kejadian itu pertama kali ditemuinya semenjak 17 tahun bertugas sebagai doktor.
.
“Doktor itu minta saya membaca nombor dalam bahasa Cina dan apa yang saya sebut adalah benar,” katanya.
.
Tidak boleh bercakap loghat Kelantan
.
Satu lagi keanehan pada Noraini ialah dia kini bertutur bahasa baku sepenuhnya malahan dia langsung tidak boleh bercakap loghat Kelantan lagi seperti pertuturan hariannya sebelum ini.
.
Menurutnya ibunya, Masina Daud, 48, sejak kemalangan anak keenam daripada tujuh beradik itu hanya boleh bercakap bahasa Melayu standard (baku) seperti loghat Kuala Lumpur sahaja manakala bahasa Kelantan sekarang dia boleh menyebut beberapa perkataan, seperti ‘mok’ dan ‘ayah’.
.
“Sebelum ini dia nak sebut perkataan mok (emak) memang langsung tidak boleh tetapi kalau perkataan Mama lancar. Saya pun hairan bagaimanana pertuturan boleh berubah,” katanya.
.
Dalam pada itu Noraini berkata, sejak kebelakangan ini dia hanya bertutur dalam bahasa Cina atau Korea sekiranya dia tidur semula selepas menunaikan solat Subuh.
.
“Kalau saya tidur semula selepas solat Subuh pasti apabila bangun saya tidak boleh langsung bercakap bahasa Melayu sebaliknya hanya boleh bertutur dalam bahasa Korea yang berlarutan sehingga jam 11 pagi pada hari sama sebelum boleh bertutur semula bahasa Melayu.
.
“Kalau saya tidak tidur selepas solat Subuh saya tidak akan bercakap korea,” katanya yang juga hairan dengan perubahan yang dialami.
.
Katanya, dia memahami bahasa Korea atau Cina di kaca televisyen hanya ketika dia boleh bertutur bahasa tersebut tetapi apabila ketika boleh bercakap bahasa Melayu, dia langsung tidak faham makna bahasa berkenaan.
.
Jalani rawatan alternatif
.
Bapanya pula agak tertekan dengan masalah yang dihidapi anaknya dan sudah beberapa kali dia membawa anaknya menjalani rawatan alternatif namun setakat ini tidak berhasil.
.
Kata Ismail, lebih memeritkan keadaan kerana boleh dikatakan setiap hari sama ada sebelum atau selepas Maghrib, Noraini akan tiba-tiba diserang sakit kepala menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Hospital Besut untuk mendapat suntikan.
.
“Sekarang hampir setiap hari saya terpaksa membawa dia mendapat suntikan kerana Noraini tidak akan sedarkan diri jika lambat dibawa ke hospital,” katanya yang tinggal di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sini.
.
Ismail merayu orang ramai atau ahli perubatan alternatif untuk tampil membantu menyelesaikan masalah yang dihidapi anaknya kerana dia tidak berkemampuan untuk lebih kerap membawa anaknya mendapatkan rawatan.
.
Ismail menetap di alamat 2672, Kampung Baru Gong Medang dekat Tembila dekat Kampung Raja. (SINAR HARIAN)


Isnin, 6 Februari 2012

Alat Ciuman Jarak Jauh?

Salam sejahtera,
Saya tertarik dengan artikel yang saya baca dari mynewshub.com. Alat kissing? Jom baca.
Manusia telah dikurniakan akal dan fikiran yang mampu membezakan antara mereka dan haiwan.
Ada yang menggunakan akal fikiran ini dengan waras, ada yang sebaliknya.
Malah ada yang menggunakan kelebihan yang diberikan ini dengan membuat perkara yang pelik-pelik…malah ada yang tak terjangkau oleh fikiran.
Di Singapura, seorang pencipta Hooman Samani telah berjaya mereka bentuk sejenis alat untuk mencipta SUASANA BERCIUM menggunakan dua bibir tiruan yang bergerak!
Alat ini dinamakan sebagai ‘Kissenger’, iaitu gabungan perkataan Kiss dan Messenger.
Cara penggunaan alat ini mudah saja.
Pengguna akan mencium sejenis alat peranti pemancar yang bersaiz seperti bola lisut.
Peranti itu umpama bibir yang sangat sensitif pada sentuhan.
Untuk membolehkan alat Kissinger ini berfungsi, dua peranti alat berkenaan diperlukan bagi membolehkan proses ciuman jarak jauh itu berlaku.
Untuk itu, dua individu atau sepasang kekasih yang ingin bercium harus mencium alat tersebut pada masa yang sama atau secara serentak.
Yang ‘potong stimnya’ alat tersebut berbentuk muka khinzir, jadi lupakanlah hasrat anda untuk mencubanya kecuali anda sanggup melupakan seketika ‘parasnya’, sebaliknya berimaginasi kononnya ia bibir milik insan yang menjadi pujaan anda.
Apapun penciptaan alat ini tetap dianggap satu penciptaan yang hebat….apa kata anda, atau adakah anda juga termasuk dalam golongan yang ingin mencuba ‘keberkesanannya’?
Heheheheh, tepuk dada tanya selera. – Oleh SYAHRIL A. KADIR

Sabtu, 4 Februari 2012

Patut cuba PELUANG ini

Salam sejahtera,

Ketika saya melawat sebuah laman web bloggers, tiba-tiba saya ternampak website seperti ini lalu saya pun membaca kandungan dalam laman web itu. Saya susah nak percaya tapi saya seorang yang suka mencuba sesuatu yang baru kerana saya melihat satu PELUANG .

Adakah ia satu penipuan? Saya memang ada rasa antara percaya dan tidak percaya tapi setelah saya mengkaji betul-betul dengan membaca setiap details yang ada serta sign up free atau mendaftar SECARA PERCUMA barulah saya faham bahawa ia adalah satu peluang yang patut saya cuba.

Jadi selepas mendaftar di laman web ini saya pun terus mengesahkan pendaftaran e-mail saya. Saya terus mencuba log in ke lawan web itu. Saya diberi personal link dan banyak info padat serta langkah-langkah bagaimana saya boleh menjana pendapatan daripada program yang mereka sediakan. Wow! Saya merasa sangat teruja. =)

Untuk mengetahui sesuatu sama ada berhasil atau tidak, cubalah dulu =) Lagipun tidak perlu membayar apa-apa untuk mendaftar di sini. Itulah yang paling saya suka, FREE. Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau nasihat untuk saya mahupun pemberitahuan, tinggalkanlah komen ya. Selamat mencuba!

Jumaat, 3 Februari 2012

Kalau Marah Hati Kata Apa?

Salam sejahtera,

Kenapa marah? Orang salah anggap lalu menuduh anda, happy tak? nasib baik saya bukan jenis panas baran hehehhee...kalau tak dah lama kena lempang. Marah adalah satu perasaan yang biasa terjadi pada setiap insan. Tipulah kalau tak pernah marah namun ia bergantung pada keadaan. Ada banyak sebab kenapa kita marah antaranya:

1. Orang tuduh saya!
  • Orang tuduh anda bukan-bukan tanpa soal siasat. Hati bagai nak mendidih, kalau boleh nak tumbuk terus muka dia. Dia marah,anda pun marah,marah lawan marah gunung berapi lah jawabnya hehehe..api lawan api memang meletup. Dalam situasi ni,biarlah anda jadi air,tenang...api lawan air,cair =)
  • Anda mungkin nampak tenang hadapi kemarahan orang namun dalam hati pasti sakit kan...takpa,anda sedang bersabar. Esok lusa bila dia dah tenang,tegur habis-habis kesilapan dia. 
2. Mungkir janji
  • Janji nak keluar makan tapi tak datang. Alasan sakit perut tapi nampak dia keluar makan dengan orang lain. Aduhh! Dalam situasi ni, saya tak salahkan anda kalau anda datang kat dia dan terus marah. Jelas-jelas dia salah ok hehehe...
3. Bohong
  • Orang tu mengatakan atau menceritakan sesuatu yang tak benar. Hati pasti rasa kesal, tak apa...belajarlah memaafkan. Mungkin dengan cara ni anda boleh berterus terang menegur kesilapannya.     
4. Hipokrit
  • Dia nampak baik bila bersembang dengan anda tapi sebaliknya bila dia bersembang dengan kawan lain dia kutuk anda pula. Aduhh! Saya tak salahkan anda kalau anda juga berlagak baik di depannya hehehe...sindiran dalam gurauan lah jawabnya =p
5. Menghina / memandang rendah
  • Dia menghina atau memandang rendah pada anda secara terang-terangan. Siapa tak marah? Saya tak salahkan anda kalau anda juga menghina dia hehehe...dalam situasi ni mungkin tahap kesabaran anda sangat tercabar jadi saya tidak hairan jika kata-kata kesat terkeluar dari mulut. Apa-apa pun, jadilah orang yang bijak dalam mengawal emosi dan perasaan ok =)

Rabu, 1 Februari 2012

Nyawa Kecil Di Jalanraya

Salam sejahtera,

Entri hari ni tentang nyawa kecil di jalanraya hehehhe...opppss! Bukan nyawa orang @ bayi tapi tiga ekor anak kucing yang hampir mati dilanggar.

Masa tu saya driving dalam perjalanan pulang ke rumah. Tiba-tiba ternampak benda kecil bergerak-gerak kat tepi jalanraya, kebetulan lampu isyarat bertukar merah. Saya berhenti lalu menjenguk..alamak! Dua ekor ank kucing atas jalanraya! Risaunya saya kalau anak kucing tu kena langgar...huhuhu...siapalah yang sampai hati buang anak kucing kat tepi jalan tu. Orang tu memang tak berhati perut langsung...dah la pisahkan dorang dari ibu dia :'( Kalau ya pun tak nak pelihara, letaklah kat tempat lain yang lebih selamat...

Tanpa berfikir panjang saya pun berhentikan kereta kat tepi jalanraya. Risaunya saya, kereta lalu kat situ tak putus-putus. Mujur dorang tak laju sangat. Saya angkat tangan sebagai isyarat berhenti dan terus ke arah dua ekor anak kucing tu. Saya kutip dorang kemudian terus ke tepi jalanraya, yelah takut tak pasal-pasal saya pula kena langgar adeeih =_='

Lepas kutip dorang, saya terus ke kereta semula tapi tak sampai 10 langkah saya patah balik sebab terdengar pula suara seekor lagi anak kucing. Aduhh! Ada lagi seekor rupanya...so saya kutip 3 ekor anak kucing semuanya. Kesian dorangg...dah la comel, comot lagi ^_^

Setelah sampai di rumah,saya terfikir macam mana nak jaga kucing ni..dorang kecik lagi, masih menyusu...mujur kat belakang rumah saya ada seekor ibu kucing dan anak-anaknya duduk menumpang.So saya pun letaklah anak-anak kucing tu bersama keluarga ibu kucing tu (saya namakan dia ni Si Putih). Tiga ekor kucing yang saya kutip ni semuanya mempunyai 3 warna =) Tengok pic kat bawah ni hehe...yang putih bertompok tu anak Si Putih.



Selasa, 31 Januari 2012

Semuanya Baik!

Salam sejahtera,

Entri kali ni saya nak kongsi tentang Semuanya Baik! Apa yang saya maksudkan dengan semuanya baik? Hehehe hari ni sesuatu yang baik berlaku pada diri saya =) Seorang hamba Allah telah menceritakan sebuah kisah tentang seorang Raja dan Panglimanya. 

Raja ni sangat suka memburu. Jadi dia pun membawa panglimanya memburu ke sebuah hutan. Setelah lama berjalan didalam hutan Raja tu pun ternampak seekor rusa lalu dia pun mengacukan senapangnya. Panglima itu juga turut mengacu senapangnya. Panglima itu bersedia untuk menembak tapi tiba-tiba Raja menahan hujung senapang panglima tersebut "TUNGGU!" Terdengar bunyi letupan "KEBABOM!" Rusa tak kena, ibu jari Raja pula yang kena...alamaakk...

Raja       :   Aku suruh kau jangan tembak! Kenapa kau tembak?!
Panglima:   Alhamdulillah tuanku!
Raja      :    Aik! Jari aku dah hilang kau bersyukur pula??!
Panglima:   Alhamdulillah tuanku!
Raja      :    Tak guna! Aku hukum kau masuk penjara!
Panglima:    Alhamdulillah tuanku!
Raja       :    $^#%$%@# [marah panglima huahuahua]

Moralnya: Nasib baik jari je hilang, kalau mati tertembak? Syukurlah nyawa tak melayang hehehehe...

Beberapa bulan kemudian, Raja kembali memburu. Kali ni tanpa panglimanya. Ketika Raja dan para tenteranya berehat, Raja terfikir untuk pergi seorang diri. Lalu Raja pun berjalanlah senyap-senyap tanpa pengetahuan tenteranya. Semakin lama semakin jauh sehinggalah Raja itu sesat ke sebuah tempat yang di huni oleh kanibal! Raja di tangkap lalu diikat,sedia untuk di makan.

Raja merasa teramatlah takut,menggigil serta termenangis huahuahua TIBA-TIBA seorang daripada kanibal tu ter-perasan IBU JARI Raja tak ada. 

Kanibal    :  Cis!! ^&$%&^$ Kita tak pernah makan orang tak lengkap! Orang ini tak ada IBU JARI ! Jangan makan! Nanti kena sumpahan buku lali di kepala!

Maka Raja pun di bebaskan. Raja pun lari lintang pokang menyelamatkan dirinya. Setelah beberapa hari berlari di hutan, akhirnya Raja ditemui dan di selamatkan oleh para tenteranya. Sampai saja di istana, Raja terus mendapatkan panglimanya di penjara.

Raja     :   Wahai panglima! Maafkan aku kerana menghukum mu! (sambil memeluk panglima). Barulah aku faham kenapa kau berkata Alhamdulillah ketika itu! uuuwwaaaaa....huhuhuhu

Panglima:  Alhamdulillah tuanku kerana menghukum patik! Kalau patik ada, pasti tuanku akan membawa patik bersama.Tuanku tak lengkap,patik lengkap.Pasti patik dah mati kena makan.Alhamdulillah!

Raja      :  Ciss!

Moralnya: Setiap kesusahan itu ada baiknya hehehe...jangan mudah menyalahkan keadaan tapi fikirlah yang positif. Semuanya Baik! =)

Ahad, 29 Januari 2012

URL atau Domain Name Mampu Milik!

Salam sejahtera,

Sedikit info yang ingin saya kongsikan di sini ialah bagaimana untuk dapatkan URL atau Nama Domain sendiri. Berikut adalah info yang saya dapat daripada sebuah laman web namun terdapat beberapa modifikasi ayat.

"Jika anda inginkan laman web dengan nama pilihan anda sendiri, contohnya http://www.laman-web-www.laman-web-aku.com, apa yang perlu anda dapatkan ialah domain dan hosting.

Apa itu domain?

Domain adalah alamat untuk laman web anda. Contohnya, www.yahoo.com. Fikir dahulu masak-masak nama apakah yang anda letak sebagai domain anda, kerana alamat inilah yang orang ramai akan taip di web browser untuk pergi ke laman web anda. Oleh itu, ia haruslah ringkas dan mudah diingati.

Apa itu hosting?

Hosting pula berfungsi untuk menyimpan segala data-data mengenai laman web anda. Ia akan menyimpan fail, teks, gambar, dan segala kandungan dalam laman web anda supaya boleh dilawati oleh orang ramai."

Saya sendiri telah bermula dengan memilih yuniejournal.com sebagai nama domain sendiri di http://secure.web-hosting.net.my/clients/aff.php?aff=2537. Anda bila lagi?  
Malaysia Web Hosting

Sabtu, 14 Januari 2012

Key Chain Mini Carpet

Salam sejahtera,

Lama rasanya tak update entri hehe. Kali ni saya cuma nak kongsi tentang mini carpet yang saya buat sebelum ni. Setelah mencuba banyak kali untuk menghasilkan mini carpet tu, akhirnya saya berjaya juga mencipta Key Chain Mini Carpet =) 

Cabaran

Banyak juga cabaran untuk menghasilkan kraf tangan ni. Nampak senang tapi untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti bukanlah mudah. Dalam proses menjayakan hasil kraf tangan ni, saya perlu banyak bersabar. Antara cabarannya, saya terpaksa mencari pelbagai jenis reben, key chain dan phone strap. Mencari phone strap lah yang paling mencabar. Tak jumpa pun kedai yang jual phone strap kosong, semua pun yang dah ready made. So terpaksalah saya beli beberapa phone strap ready made, lepas tu buka dan tukar jadi key chain mini carpet saya hehehe. 

Kelemahan

Mungkin saya masih baru dalam bidang ni jadi terdapat banyak kelemahan sepanjang proses penghasilan key chain mini carpet ini. Antaranya, saya kurang tahu tentang kedai-kedai yang menjual bahan-bahan kraf tangan, kurang pengetahuan dan kurang berbakat hihi.. 

Cara Mengatasi

Untuk mengatasi masalah ni saya perlu belajar lebih dalam lagi tentang penghasilan kraf tangan. Mungkin saya perlu ke kedai-kedai yang menjual kraf tangan untuk menimba pengetahuan. Saya juga perlu berusaha mencari maklumat di laman-laman web yang menulis tentang penghasilan kraf tangan. Jadi saya perlulah rajin dan bersungguh-sungguh untuk mencari sumber pengetahuan =) Kadang-kadang inilah masalah utama saya, saya malas! Tapi dengan menulis entri ini, saya telah memberi peringatan pada diri sendiri untuk terus berusaha dan tidak berputus asa. Alhamdulillah....

Hasil Kraf Tangan Sendiri

Di bawah ni adalah hasil kraf tangan yang berjaya saya hasilkan, Key Chain Mini Carpet. Tapi saya masih kurang berpuas hati sebab mini carpet tu sangat lembut dan mudah koyak. Jadi dari segi kualiti, saya rate 50% saja. Kalau pembaca perasan, dalam entri saya sebelum ni, saya guna reben warna hijau. Itu adalah proses pertama saya tapi tak berjaya. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya terhasillah mini carpet warna coklat di bawah ni =)


Key Chain mini carpet.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...