Sabtu, 14 Januari 2012

Key Chain Mini Carpet

Salam sejahtera,

Lama rasanya tak update entri hehe. Kali ni saya cuma nak kongsi tentang mini carpet yang saya buat sebelum ni. Setelah mencuba banyak kali untuk menghasilkan mini carpet tu, akhirnya saya berjaya juga mencipta Key Chain Mini Carpet =) 

Cabaran

Banyak juga cabaran untuk menghasilkan kraf tangan ni. Nampak senang tapi untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti bukanlah mudah. Dalam proses menjayakan hasil kraf tangan ni, saya perlu banyak bersabar. Antara cabarannya, saya terpaksa mencari pelbagai jenis reben, key chain dan phone strap. Mencari phone strap lah yang paling mencabar. Tak jumpa pun kedai yang jual phone strap kosong, semua pun yang dah ready made. So terpaksalah saya beli beberapa phone strap ready made, lepas tu buka dan tukar jadi key chain mini carpet saya hehehe. 

Kelemahan

Mungkin saya masih baru dalam bidang ni jadi terdapat banyak kelemahan sepanjang proses penghasilan key chain mini carpet ini. Antaranya, saya kurang tahu tentang kedai-kedai yang menjual bahan-bahan kraf tangan, kurang pengetahuan dan kurang berbakat hihi.. 

Cara Mengatasi

Untuk mengatasi masalah ni saya perlu belajar lebih dalam lagi tentang penghasilan kraf tangan. Mungkin saya perlu ke kedai-kedai yang menjual kraf tangan untuk menimba pengetahuan. Saya juga perlu berusaha mencari maklumat di laman-laman web yang menulis tentang penghasilan kraf tangan. Jadi saya perlulah rajin dan bersungguh-sungguh untuk mencari sumber pengetahuan =) Kadang-kadang inilah masalah utama saya, saya malas! Tapi dengan menulis entri ini, saya telah memberi peringatan pada diri sendiri untuk terus berusaha dan tidak berputus asa. Alhamdulillah....

Hasil Kraf Tangan Sendiri

Di bawah ni adalah hasil kraf tangan yang berjaya saya hasilkan, Key Chain Mini Carpet. Tapi saya masih kurang berpuas hati sebab mini carpet tu sangat lembut dan mudah koyak. Jadi dari segi kualiti, saya rate 50% saja. Kalau pembaca perasan, dalam entri saya sebelum ni, saya guna reben warna hijau. Itu adalah proses pertama saya tapi tak berjaya. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya terhasillah mini carpet warna coklat di bawah ni =)


Key Chain mini carpet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...