Isnin, 20 Februari 2012

Bila Pilihan Itu Bukan Ingin Mu

Salam sejahtera,

Pernahkah anda memilih sesuatu yang bukan keinginan anda? Atau adakah anda melakukan sesuatu yang bukan minat anda? Mesti ada di kalangan kita yang pernah berada dalam situasi ini kan. Saya juga tidak terkecuali. Jangan risau...semua tu normal hehe..

Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu, ramai graduan sanggup melakukan apa jua jenis pekerjaan tetap yang menjamin masa depan seperti kerjaya guru, polis, peguam, doktor, akauntan dan sebagainya. Bidang pengajian yang dipelajari semasa di universiti bukan lagi persoalan. Apa yang penting ialah dapat mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan mahupun swasta.

"Pekerjaan ini bukan minat saya tapi saya kena buat juga sebab saya nak survive." Pasti ada di kalangan kita yang fikir macam ni kan. Namun tak semestinya orang yang fikir macam tu akan selamanya berfikiran macam tu sebab bagi saya minat tu boleh di pupuk. Lama-kelamaan mesti akan minat juga walaupun pada mulanya tak minat langsung sebab untuk kekal berada dalam sesuatu industri kita memerlukan usaha yang gigih untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, kita kena lah ada MINAT. Jadi secara tak langsung kita akan mewujudkan minat untuk mendapatkan hasil yang terbaik =). Bila dah dapat maka timbullah ayat "Saya suka kerja saya!" atau "I love my job!"

Berada dalam sesuatu bidang pekerjaan adalah satu cabaran dalam hidup setiap manusia. Walaupun sesuatu pekerjaan itu kita tak minat namun jika ada sedikit keikhlasan dalam melakukannya, lama-kelamaan hati kita pasti terbuka untuk belajar MEMINATI.

Jadi untuk mengelak daripada melakukan sesuatu yang bukan minat anda, buatlah pilihan yang betul dalam hidup. Jangan biarkan keadaan sekeliling mempengaruhi keputusan anda. Buatlah keputusan yang bijak dengan mengambil kira minat, matlamat, keperluan dan cita-cita anda. Semoga berjaya! =)

Courtesy of yahoo.com

1 ulasan:

  1. Seriously I tak berapa suka dgn pekerjaan akk sekarang ni. But I thk that Allah hv made it for me, then from that I learn.Now, still dgn kerja yg I tak suka & blajar utk terima kenyataan. But in the same time I perbaiki diri utk pergi lebih jauh dari apa yg I sgn lakukan sekarang.
    Amin...semoga allah bagi sy jalan keluar.....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...